Sunday, November 20, 2011

tentang hidup


salam ukhwah. terlalu lama diri ini tidak mencoretkan sesuatu di ruangan ini. Bukan hanya masa yang tidak mengizinkan, tetapi jejari milikku yang terlalu tidak sehaluan dengan kata hati. Hati meronta untuk mencoretkan, tetapi tidak jejari yang sentiasa kepenatan. Maaf jejari. Bukan niat untuk memaksa, tetapi demi menaikkan taraf hidup, terpaksa memaksa jejari dan segala anggota badan untuk sentiasa berkerja. Biarpun masa rehat tidak mencukupi. Malah waktu tidur juga tidak sesempurna manusia lain. tetapi kerana demi sebuah kehidupan, demi sebuah tanggungjawab, terpaksa kukorbankan semua itu.

Hidup ini tidak selalunya indah. Tidak selalunya bahagia. Tidak sentiasa kita akan ketawa. Ya, aku akui. Kehidupan aku terlalu banyak dugaan dan cabaran. Sekejap di atas, sekejap di bawah. Namun, aku bersyukur. Terlalu bersyukur.. Dari kecil sudah di ajar berdikari. sudah di ajar untuk memimpin dan memegang tanggungjawab. Didikan orang tua telah mengajar aku untuk berusaha untuk mencapai segala apa yang diinginkan. Terima kasih buat ibu dan ayah kerana didikan yang diberikan. Kerana hasilnya didikan mereka jugalah aku kuat untuk terus memikul tanggungjawab mendidik, membimbing dan menjaga adik ku. Terlalu berat untuk wanita seusia aku yang telah kehilangan ibu bapa untuk memikul tanggungjawab ini. Tapi aku perlu kuat. Terpaksa ketepikan cita-cita dan cinta demi sebuah kehidupan. Impian untuk menjadi akauntan terpaksa dilupakan. terlalu banyak hal yang perlu didahulukan.

Senyuman. Gelak tawa. semuanya sentiasa ada everytime kat life aku. tetapi, disebalik itu semua, terlalu banyak cabaran dan dugaan yang harus aku lalui. kadangkala sampai tidak tertanggung. namun aku tidak pandai untuk meng'gambar'kan apa yang aku alami. hanya senyuman dan gelak tawa sahaja yang mampu aku tunjukkan. kerana aku tahu, senyuman dan gelak tawa itu mampu untuk aku melupakan segala masalah yang aku hadapi.

manusia tidak sempurna dan tidak diminta untuk dilahirkan untuk menhadapi terlalu berat dugaan. begitu juga dengan aku. namun, tidak pernah sesekali perasaan menyesal lahir dari hati ini. ini sudah takdir ku. aku terima seadanya. kerana aku tahu ramai lagi manusia yang terpaksa menghadapi segala cabran, dugaan dan masalah. dan sebagai manusia biasa, aku harus mengharunginya dan berusaha untuk mengatasi segala-galanya kerana setiap masalah pasit ada penyelesaiannya. yang penting usaha.

Hopefully aku terus kuat untuk mengharungi semua ini. Insyaallah.


p/s : terlalu merindui arwah ibu bapa ku. Al-fatihah untuk mereka. semoga mereka ditempatkan di antara orang-prang yang beriman kepadaNya. Amin...

No comments:

Post a Comment