Tuesday, June 21, 2011

~father's daY~

now sume sibuk cakap sal hari bapa.. sume say thanks.. n for father's day sume sedar kewujudan bapa.. for me, bapa is everything.. even i xpernah nak merasa kasih sayang ayah mcm orang lain but saya sangat menghargai n sentiasa akan menyayangi ayah even ayah dah tak de.. my life tak sama dengan life orang lain.. tak pernah nak bersembang panjang dengan ayah apatah lagi mahu bergelak tawa.. kami adk beradik sangat takut n hormatkan ayah. even nak mintak duit poket ke sekolah pun kami takut nak bagitahu.. walaupun ayah sebegitu tapi kami tetap sayangkan ayah. kerana ayah begitu ia mampu didik saya untuk berdikari. mampu didik saya untuk pilih apa yang terbaik dalam hidup. seawal umur 16 tahun saya dah belajar berjauhan dengan keluarga. tinggal di sekolah asrama yang sangat jauh dengan rumah yang hanya dibekalkan duit poket sebanyak rm50 sebulan untuk menampung perbelanjaan bulanan. saya hanya akan pulang ke rumah sebulan sekali. tidak pernah dijemput keluarga apatah lagi ayah. kalau dulu saya pernah memberontak kerana tidak mendapat layanan seperti kawan-kawan lain. tp itu semua hanya sekejap. saya fikir, tak semestinya ayah tak melakukan semua itu ayah tidak sayangkan saya. tp beliau hanya mahu saya belajar untuk hidup berdikari. ayah saya bukan seorang yang tidak bertanggungjawab (kawan-kawan yang cakap coz mereka tidak pernah melihat ayah saya) tetapi ia tersangat bertanggungjawab. walaupun beliau tidak menunjukkan dengan perbuatan tapi saya sangat tahu yang ayah saya seorang yang sangat bertanggungjawab. tidak pernha mengabaikan keluarga.. segala keperluan saya sentiasa cukup malah melebihi kawan-kawan saya.. kerana ayah saya telah menyediakan diri saya dengan kesabaran, keberanian n kepandaian yang melebihi kawan-kawan saya. saya sangat bersyukur dengan kurniaan ini.

kadang-kadang terdetik di hati saya, mengapa manusia sekarang yang mempunyai seorang ayah yang yang begitu sempurna tetapi tidak pandai menghargainya.. mereka berani menengking, menipu dan tidak sedar kewujudan ayah. adakha mereka ini terlalu dimewahkan dengan keduniaan sehinggakan tidak tahu menghargai bapa... kemanakah hilangnya budi bahasa mereka..

Ayah..
walau ayah saya telah tiada tetapi ia tetap sentiasa di hati saya. teringat kenangan menjaga ayah selama 2 minggu di hospital sehingga ke akhir hayatnya. Ayah pergi meninggalkan kami di bulan ramadhan. begitu besar dugaan yang Allah berikan kepada kami sekeluarga. namun saya bersyukur kerana arwah pergi di bawah jagaan saya dan ibu. Namun terdetik juga perasaan terkilan di hati kerana tidak dapt berjasa kepada aYah..

aYah,
even ayah tak pernah tunjukkan kasih sayang ayah, tapi saya adik beradik tahu yang ayyah tersangat sayangkan kami. teringat di waktu kejatuhan keluarga, ayah sanggup memberikan ikan goreng di pinggan ayah untuk saya kerana ayah tahu saya tidak makan ikan berlauk. hati saya sangat tersentuh kerana itu ikan terakhir. ayah, saya sangat menghargainya. sampai sekarang saya tidak dapt melupakan peristiwa itu. ianya mengajar saya untuk tidak mementingkan diri dan menghargai apa yang ada.

Ayah, saya tidak tahu macam mana untuk meluahkan perasaan bersyukur saya mempunyai bapa seperti ayah tetapi saya nak ayah tahu yang say sangat sayangkan ayah. terima kasih untuk segalanya ayah.

LAstly, saya harap ayah aman di sana. Al-fatihah.

2 comments:

  1. i'm touch..celita benar benar ke ni?

    ReplyDelete
  2. yes dear.. true storY.. da 5yeaRs da aYah pergi.. huhU~

    ReplyDelete